Jikalau saya menjadi Ahli Parliman Port Dickson maka saya berjanji untuk melunaskan tanggungjawab menjadi suara yang lantang dan berdedikasi untuk mengangkat segala permasalahan, keperluan dan impian warga PD ke Dewan Rakyat yang mulia serta menjadi pemangkinĀ  transformasi PD ke arah anjakan paradigma terutamanya berkenaan kualiti kehidupan, taraf sosio-ekonomi dan kemakmuran sejagat warga PD.

PEMERKASAAN BELIA

  • Mewujudkan Port Orang Muda PD sebagai pusat kegiatan ekonomi belia serta penggalakkan dalam sektor digital seperti e-sports, e-ladang, e-usahawan, e-rezeki & go-commerce
  • PD Kerja : Peluang pekerjaan bagi komuniti B40/belia diutamakan dalam sektor perladangan di SimeDarby Plantation (Bukit Pelanduk, Lukut, Tampin Linggi, Sengkang & Tanah Merah) & pertanian pintar
  • Peluang Kedua kepada belia (bekas penagih, bekas juvana & belia berisiko) melalui kursus kemahiran yang mampu menjamin peluang pekerjaan
  • SEAPRENEUR Belia: menggalakkan usahawan belia dalam aktiviti penternakan udang air tawar di Kuala Linggi/Sungai Timun
  • WANITA, OKU, ORANG ASLI DAN WARGA EMAS

    • USAHANITA PD: Menubuhkan pusat transformasi usahawan Wanita
    • Menangani isu kemiskinan haid dengan menyediakan PD Sanitary Hygiene Kit (menstrual cup, washable pad, period pain tablets, sanitary pads) & advokasi kepada wanita B40 dan pelajar sekolah
    • Mewujudkan satu inisiatif khas dalam membela kesejahteraan dan kesihatan warga emas
    • Memperbanyakkan pusat rehabilitasi & intervensi awal bagi golongan OKU mengikut keperluan semasa
    • Membantu menambahbaik inap desa komuniti orang asli dengan kerjasama Tourism Malaysia

    PENDIDIKAN

    • PD TVET Bootcamp bagi menambah tempat Latihan TVET melalui kursus pendek dan pemadanan pekerjaan
    • Mengurangkan peratus keciciran pelajar-pelajar yang berada pada tahap membimbangkan melalui ptogram intervensi dianjurkan bersama pertubuhan bukan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Menaiktaraf perpustakan/ pusat sumber terutamanya di Kampung Sungai Raya, Linggi dan Pasir Panjang dalam menggalakan budaya berilmu

    SOSIOEKONOMI & KESEJAHTERAAN RAKYAT

    • Meningkatkan perkhidmatan kesihatan tempatan dengan menaiktaraf Hospital & klinik kesihatan di Parlimen Port Dickson
    • Menggalakkan modenisasi PKS untuk beralih ke perniagaan berterasakan digital dan teknologi serta pelaksanaan inisiatif penggalakkan ekonomi tempatan melalui PD Niaga
    • Memperkasakan PD sebagai Hub Eko-Pelancongan terkemuka di Asia Tenggara serta pelaksanaan aktiviti pelancongan eko-budaya
    • Mengusahakan supaya Port Dickson dilengkapi kemudahan jeti yang dapat menghubungkan Pelabuhan Dumai, Sumatera bagi merancakkan ekonomi tempatan
    • Menangani kesesakan lalu lintas, terutama Batu 4 dan Lukut pada musim cuti dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
    • Menaiktaraf jeti Kampung Teluk Pelanduk sebagai Kompleks Seapreneur Negeri Sembilan
    • Membina lebih banyak perumahan rakyat untuk warga Port Dickson termasuk rumah transit belia dan projek perumahan untuk pekerja perladangan
    • Menyeru Kementerian Kerja Raya untuk menaiktraf jalan-jalan raya di PD setaraf dengan visi PD sebagai untuk menjadi pusat pelancongan antarabangsa

    ALAM SEKITAR & PERUBAHAN IKLIM

    • Melaksanakan PD Green Deal dalam mendepani cabaran perubahan iklim yang ketara, mitigasi banjir, kelestarian alam sekitar serta isu loji rawatan.
    • Pemeliharaan dan pemuliharaan habitat & kehidupan marin termasuk terumbu karang ke arah memastikan Port Dickson sebagai destinasi taman laut